ANTARA barangan  ditawarkan menerusi kempen Kembali ke Sekolah.
ANTARA barangan ditawarkan menerusi kempen Kembali ke Sekolah.

PELAJAR akan mula kembali ke sekolah pada 21 Mac 2022 dan memandangkan varian Covid-19, Omicron sedang berleluasa, ibu bapa serta pendidik bukan sahaja perlu memastikan anak-anak mereka dibekalkan dengan barangan keperluan untuk ke sekolah, tetapi juga perlu memastikan keselamatan mereka terjamin supaya dapat meneruskan proses pembelajaran.

Menyedari kepentingan perkara ini, MR DIY menawarkan pelbagai barangan keperluan perlindungan diri dengan Always Low Prices dalam kempen Kembali ke Sekolah dari 1 hingga 22 Mac 2022.

Dengan diskaun sehingga 40 peratus, kempen ini bukan sahaja membolehkan ibu bapa dan pendidik menikmati lebih nilai untuk wang mereka, malah memastikan pelajar sekolah juga boleh mendapatkan segala barangan keperluan persekolahan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, sebagai syarikat tempatan, pihaknya ingin terus melakukan yang terbaik demi kebaikan rakyat.

"Ini termasuk memberi sokongan kepada pelanggan kami dalam keadaan yang mencabar ini. Dengan kerisauan ibu bapa untuk menghantar anak mereka kembali ke sekolah di tengah-tengah situasi pandemik dan bimbang tentang peningkatan kos, kami memutuskan untuk memulakan inisiatif kempen Kembali ke Sekolah ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ibu bapa dan guru boleh mengunjungi cawangan MR DIY untuk mendapatkan pelbagai barangan perlindungan diri seperti pelitup muka pada hanya RM1.70 untuk 10 keping bagi satu pek, pelindung muka, serta pensanitasi tangan.

Mereka juga boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan sekolah lain seperti stoking, kasut sekolah dari RM8.90, bekas makanan pada harga RM5.90, serta set alat tulis dan beg sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 7:00 AM