GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, hampir 700,000 pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenalpasti.

"Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

"Akaun berkenaan akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

"Bagaimanapun, akaun berkenaan masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, TH menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak berkenaan ke cawangan TH yang

berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa agar tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun dikemaskini.

"Selain itu, adalah penting supaya pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

"Pendeposit hanya perlu melakukan satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH kekal berstatus aktif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 2:41 PM