LIM Hock San
LIM Hock San

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) kembali dengan kempen #DudukRumah Deals 3.0 bersempena pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang terbaharu.

Pembeli turut berpeluang untuk memenangi duit raya bernilai lebih RM445,000 dari kempen Raikan Rezeki Bersama LBS yang sedang berlangsung serta hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM1 juta.

Melalui kempen #DudukRumah Deals 3.0, pembeli rumah boleh menempah projek LBS yang terpilih di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dari 1 hingga 14 Jun 2021 dengan hanya RM200.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju pilihan, LBS terus komited di dalam menyokong inisiatif perumahan kerajaan dengan melancarkan kempen #DudukRumah Deals 3.0, yang dilihat berupaya mengurangkan beban pembeli rumah.

"Kempen #DudukRumah ini menawarkan insentif tunai masuk rumah bagi hartanah terpilih saja, Surat Cara Pemindahan percuma, yuran guaman dan perjanjian jual beli SPA, yuran guaman dan duti setem percuma untuk perjanjian pinjaman.

"Kempen ini sudah dilancarkan pada April 2020, yang turut memberi peluang kepada bakal pembeli untuk menempah unit kediaman dengan hanya RM200," katanya.

Menurutnya, kempen #DudukRumah Deals turut dilancarkan melalui pelbagai platform digital yang merangkumi bilik pameran maya, laman web, e-mel, WhatsApp, Facebook, Instagram dan SMS yang digunakan untuk menjangkau pembeli berpotensi sepanjang pelaksanaan tempoh PKP ini.

Oleh kerana prestasi yang memberangsangkan pada awal Jun, LBS melanjutkan kempen pemasaran Tawaran #DudukRumah Deals sehingga 31 Disember 2021 berikutan sambutan yang luar biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 8:40 AM