Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Pindaan terhadap beberapa Peraturan Pemajuan (Kawalan dan Pelesenan) Akta Pemajuan Perumahan 1966 yang berkuat kuasa 1 Julai lalu, dilihat mampu melindungi hak dan pembeli rumah pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abd Sukor berkata, pindaan itu membabitkan perjanjian jual beli yang wajib diguna pakai oleh setiap pemaju perumahan sekiranya mereka ingin menjual rumah yang di dalam pembinaan kepada pembeli.

“Antara pindaan utama yang dibuat adalah sebarang iklan yang dibuat oleh pemaju tidak boleh mengandungi tawaran yuran guaman percuma, pulangan keuntungan dan pendapatan sewaan yang diunjurkan, dakwaan berkenaan pemandangan panorama, tempoh perjalanan dari tapak projek perumahan ke destinasi terkenal atau sebarang butiran yang tidak boleh dibuktikan oleh pemaju.

“Ertinya, pemaju tidak lagi boleh meletakkan tawaran itu di apa jua bentuk iklan termasuk sebarang butiran yang tidak dibuktikan secara sahih sebagaimana kebanyakan pemaju lakukan sekarang,” katanya.

Salkukhairi berkata, definisi pemajuan perumahan juga kini diperluaskan merangkumi pelikuidasi (liquidator) bagi pemaju perumahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:40 AM