HARGA emas diramal meningkat. FOTO AFP
HARGA emas diramal meningkat. FOTO AFP
Agensi

Hong Kong: Harga emas mencatatkan paras tertinggi tertinggi dalam sejarah pada Isnin.

Ia disebabkan emas menjadi pilihan pelabur ketika pandemik Covid-19 kian menular.

AFP melaporkan ia disokong oleh penyusutan nilai dolar.

Harga logam itu melonjak satu peratus kepada kepada AS$1,930.48 (RM8,209.61) untuk seauns (kira-kira 28.34 gram).

Ia dijangka akan mencecah AS$2,000 (RM8,503.50) seauns atau kira-kira RM300 segram.

Pelabur bertumpu kepada logam itu yang dilihat sebagai pelaburan paling selamat di tengah ketidaktentuan akibat Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 5:51 PM