V17 menawarkan pengguna dengan pengalaman fotografi luar biasa.
V17 menawarkan pengguna dengan pengalaman fotografi luar biasa.
Oleh Nabil Basaruddin


TAMPIL dengan lima kamera gred profesional depan dan belakang, Vivo menerusi model terbaharunya V17 menawarkan pengguna dengan pengalaman fotografi luar biasa.

V17 turut dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka.

Dengan reka bentuk yang futuristik bersama pilihan warna mewah dan kemasan berkilat, V17 adalah model yang dihasilkan khusus untuk pengguna muda dan kekal bergaya hanya pada harga RM1,699.

Pakar Produk vivo Malaysia, Raymond Lee berkata, pengenalan V17 mempamerkan pendekatan inovasi vivo yang mengutamakan pengguna sambil memperkukuh kedudukan jenama ini sebagai perintis dalam menyediakan pengalaman mudah alih terbaik di Malaysia.

“V17 mewakili pemahaman kami mengenai keperluan pengguna pada masa kini dan inovasi yang kami banggakan.

“Reka bentuk lima kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dengan pengalaman tontonan di luar imaginasi,” katanya pada majlis pelancaran model V17, semalam.

V17 mempunyai Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan dengan paparan paling nipis dalam industri.

Selain itu, menjadi model itu lebih menarik adalah ia turut disediakan dengan teknologi pengimbasan cap cari dalam paparan membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar itu dengan selamat dan mudah.

Raymond berkata, V17 juga mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan pelbagai jenis gambar yang hebat dan luar biasa oleh penggunanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 9:26 AM