IAN HO
IAN HO
Sri Ayu Kartika Amri


SHOPEE Malaysia memberi peluang pengguna untuk membeli-belah dan beramal melalui kempen Shopee 11.11 Big Sale.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh menghulurkan dana bagi menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, memandangkan pesta beli-belah tahunan mega itu dijangka mencatatkan lonjakan besar trafik ke platformnya, pihaknya mengambil kesempatan untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

“Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) dan hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.

“Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA.

“Dengan usaha ini, kami berharap rakyat Malaysia bukan saja dapat menikmati tawaran dan diskaun yang kami sediakan pada 11.11 Big Sale, tetapi turut bersama-sama kami membantu golongan memerlukan,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Kempen beli-belah 11.11 ini bakal menjadi acara terbesar Shopee dengan pelbagai tawaran, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111 peratus dan peluang untuk membeli Toyota Vios dengan hanya RM1 bermula hari ini hingga 11 November 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 7:04 PM