MALAYSIA bakal mencapai status negara tua pada 2030.
MALAYSIA bakal mencapai status negara tua pada 2030.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Trend mega jelas membentuk hala tuju dunia dengan menghasilkan peluang dan cabaran walaupun 2030 berbaki 11 tahun lagi.

Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2020, penduduk Malaysia dijangka meningkat 1.4 peratus daripada 32.6 juta pada 2019 kepada 38.1 juta pada 2030 dan diunjurkan, 15 peratus penduduk akan berusia 60 tahun dan ke atas apabila Malaysia menghampiri status negara tua pada 2030 berbanding 10 peratus pada 2019.

Daripada aspek sumber asli, rizab minyak dan gas dijangka mampu bertahan dalam tempoh 10 tahun manakala sumber air tawar negara dijangka berkurangan pada masa depan.

Laporan itu turut menyatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka meningkat kepada AS$38 trilion (RM159.2 trilion) dan mengekalkan kedudukan sebagai ekonomi terbesar diikuti Amerika Syarikat dan India pada 2030.

Indonesia turut dijangka meningkat kepada kedudukan kelima dengan KDNK AS$5.4 trilion (RM22.6 trilion) manakala pada masa sama, kedudukan Malaysia dijangka meningkat daripada tangga ke-27 ke tangga ke-25.

Berikutan cabaran besar daripada empat kuasa global iaitu demografi, sumber asli, globalisasi dan perubahan iklim, kemajuan teknologi boleh dimanfaatkan untuk meminimumkan impak dan memudahkan pelaksanaan inisiatif bagi menangani cabaran terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 7:09 AM