NAZMAN (dua dari kiri) bersama Campaci (kiri), Cheraki dan Devaraju (kanan) ketika melancarkan  sembilan model  baharu Ducati.
NAZMAN (dua dari kiri) bersama Campaci (kiri), Cheraki dan Devaraju (kanan) ketika melancarkan sembilan model baharu Ducati.
Lizam Ridzuan


PETALING JAYA: Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di negara ini menyasarkan jualan 380 unit pada tahun ini berbanding 300 unit yang dicatatkan 2018.

Ketua Bahagian Dua Roda, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Nazman Shah berkata, tahun lalu sasaran awal jualan ialah 230 unit, namun ia bertambah sebanyak 30 peratus.

“Setakat hari ini, sebanyak 110 unit dijual dan dengan pengenalan sembilan model baharu ini akan membantu meningkatkan jualan kerana Ducati adalah jenama kegemaran peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan,” katanya majlis pelancarannya di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Pemasaran Asia -Pasifik Ducati Stefano Campaci, Pengarah Pemasaran Asian, Ducati Motor, Dominique Cheraki dan Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, R Devaraju.

Bagi melengkapi peningkatan permintaan pusat pameran baru jualan, servis dan alat ganti (3S) Ducati dengan kos pelaburan hampir RM4 juta bakal dibuka pada suku ketiga di Petaling Jaya dan Johor Bahru.

Katanya, ia menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih premium bagi mendapatkan khidmat selepas jualan untuk motosikal jenama dari Itali itu.

Terdahulu, sembilan model Ducati dilancarkan terdiri iaitu Panigale V4 R, Diavel 1260 S, Hypermotard 950, Multistrada 950 S, Multistrada 1260 Enduro dan rangkaian model Scrambler terdiri daripada Icon Serba Baharu, Full Throttle, Desert Sled dan Café Racer.

“Kebanyakan model ini dipertontonkan di Pameran Aksesori dan Motosikal Antarabangsa (EICMA 2018) di Milan, Itali pada hujung tahun lalu yang kini sudah pun memasuki pasaran di Malaysia,” katanya.

Next Bike juga menawarkan Program Servis Pintar Ducati (DSSP) dengan dua tahun servis percuma untuk alat ganti dan minyak pelincir atau 30,000 kilometer termasuk servis Desmo yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 7:25 AM