DARI kiri, personaliti dan hos televisyen, Wong Chui Ling, Bruce  Lim, Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif Jocom, Joshua Sew, Pengarah Urusan Jocom, Agnes Chua dan Chef Cheah Kee Khiang pada majlis pelancaran kerjasama antara 11street dan Jocom, semalam.
DARI kiri, personaliti dan hos televisyen, Wong Chui Ling, Bruce Lim, Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif Jocom, Joshua Sew, Pengarah Urusan Jocom, Agnes Chua dan Chef Cheah Kee Khiang pada majlis pelancaran kerjasama antara 11street dan Jocom, semalam.
Sofyan Rizal Ishak

Puchong: 11street (www.- 11street.my), pasaran beli-belah atas talian berhasrat menggandakan nilai dagangan kasar (GMV) bagi kategori pembelian barangan runcit secara atas taliannya menjelang hujung tahun ini daripada 33 peratus pada 2017.

Naib Presiden Barangannya, Bruce Lim berkata syarikat yakin mampu mencapai angka terbabit kerana trend terkini di Malaysia menyaksikan semakin ramai individu yang melakukan pembelian atas talian bagi barangan runcit.

“Trend pembelian barangan runcit secara atas talian ini di negara ini masih di peringkat awal namun ia akan mengalami situasi sama seperti dialami platform 11street di Korea yang mencatatkan peningkatan dalam kategori barangan runcit,” katanya pada pelancaran kerjasama 11street dan Jocom (www.jocom.my), semalam.

11street mencatatkan peningkatan sebanyak 33 peratus GMV bagi pembelian barang runcit pada tahun lalu berbanding 2016 dan kerjasama itu dijangka mampu membantu pasaran atas talian itu dalam mencapai prestasi lebih baik pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kategori pembelian barangan runcit terus berkembang pada tahun ini berikutan lebih ramai rakyat Malaysia akan menerokai pembelian atas talian bagi barangan runcit dan barangan keperluan lain.

“Situasi ini menjadi pendorong kepada kami untuk mengukuhkan kerjasama dengan Jocom iaitu platform perdagangan mudah alih yang memiliki kepakaran dalam aktiviti beli-belah dan barangan runcit atas talian,” katanya.

Kerjasama antara dua pihak itu menyaksikan 11street menyediakan keperluan barangan runcit seperti produk segar dan sejuk beku bagi menghadapi persediaan menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Selain menyediakan barangan runcit, 11street menyediakan rancangan masakan 10 episod dikenali Cooking Up Prosperity yang boleh ditonton secara atas talian pada setiap Selasa dan Khamis yang menampilkan chef terkemuka Malaysia iaitu Cheah Kee Khiang yang akan memasak resipi dengan menggunakan barangan segar yang terdapat di stor atas talian Jocom di 11street.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 7:14 AM