PELANGGAN digalakkan memuat turun aplikasi Setel agar layak untuk lebih banyak penyertaan.
PELANGGAN digalakkan memuat turun aplikasi Setel agar layak untuk lebih banyak penyertaan.

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) melancarkan Kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza dalam usaha untuk terus menawarkan ganjaran kepada pelanggan setia dengan baucar tunai dan bahan api yang akan memberi manfaat kepada 992 pemenang.

Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berkata, setiap minggu mulai 15 Ogos hingga 15 Oktober 2020, 10 pemenang hadiah pertama berpeluang memenangi wang tunai RM3,000 manakala 100 pemenang hadiah kedua akan membawa pulang baucar Setel bernilai RM50 yang dapat ditebus untuk bahan api.

Selain itu terdapat dua pemenang hadiah utama, yang masing-masing akan meraih hadiah RM50,000 sepanjang tempoh kempen.

"Kempen Mesra Bonanza, yang bermula pada 2018, menjadi kempen yang dinanti-nantikan pelanggan kami. Tahun ini, kami menamakan semula kempen berkenaan memandangkan tawaran kami diperluaskan dengan merangkumi baucar Setel.

"Pelanggan memacu perniagaan kami dan kami bersyukur mereka kekal bersama-sama kami sepanjang tempoh mencabar ini," katanya dalam kenyataan.

Setel adalah aplikasi mudah alih pertama Malaysia yang menyepadukan platform e-pembayaran dengan pam, Kedai Mesra dan ganjaran kesetiaan untuk mewujudkan pengalaman runcit yang lancar untuk pelanggan Petronas.

Ia kini diakui sebagai satu-satunya aplikasi pengisian bahan api dalam pasaran yang membantu mengurangkan titik sentuhan fizikal.

Pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi Setel agar layak untuk lebih banyak penyertaan dan memautkan Kad Mesra mereka kepada aplikasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 7:30 AM