PEREZ idam beri aksi terbaik di laman sendiri. FOTO EPA
PEREZ idam beri aksi terbaik di laman sendiri. FOTO EPA
AFP

Mexico City: Max Verstappen tekad memburu rekod hujung minggu ini apabila dia berhasrat untuk menewaskan rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez di hadapan penyokongnya sendiri Grand Prix (GP) Mexico.

Juara dunia berusia 25 tahun itu, yang meraih kejayaannya di Texas Ahad lalu memastikan gelaran dunia sedang memburu kemenangan ke-14.

Dia sekarang ini berkongsi 13 kemenangan dalam tempoh setahun bersama dua pelumba Jerman, iaitu juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dan Sebastian Vettel.

Perez yang meraih dua kejuaraan bersama Red Bull musim ini di Monaco dan Singapura mengidamkan kejuaraan kali ketiga terutamanya di laman sendiri namun mengakui ia bukannya mudah.

Dia menyedari bahawa Verstappen akan cuba untuk memenangi perlumbaan itu.

"Saya tidak akan melepaskannya dengan mudah. Saya sudah meraih segala-galanya tanpa meraih sebarang hadiah.

"Ia memang tugas saya. Saya ada memikirkan mengenai dan mahu aksi sempurna dan memburu kejayaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2022 @ 1:27 PM