PEREZ (kanan) bergandingan dengan Verstappen pada musim lalu. FOTO AFP
PEREZ (kanan) bergandingan dengan Verstappen pada musim lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Juara dunia baharu Formula Satu (F1), Max Verstappen memuji rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez sebagai 'Menteri Pertahanan' berikutan pemanduan cemerlang sensasi Mexico itu ketika menghalang Lewis Hamilton di Abu Dhabi.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton memotong Verstappen pada pusingan pertama dan dilihat mampu mencatatkan kemenangan dengan selesa sekali gus bakal muncul juara dunia lagi.

Bagaimanapun, Hamilton menerima halangan daripada Perez yang menjalankan tugas dengan cemerlang memperlahankan pemandu Britain itu sebelum akhirnya dipotong oleh Hamilton.

Verstappen melabelkan Perez sebagai legenda selepas tamat perlumbaan itu kerana berjaya mengekang Hamilton dan kini dia terus menghargai rakan sepasukannya itu.

"Dia kini Menteri Pertahanan," kata Verstappen dalam satu temuramah sempena rangkuman penghujung musim.

Dalam video yang sama, prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner menggambarkan Perez sebagai rakan sepasukan Verstappen yang hebat.

"Bagi saya dia seorang rakan sepasukan yang bagus sepanjang tahun ini. Hubungan antara kedua-duanya sangat hebat," katanya.

Perez sememangnya mempamerkan aksi meyakinkan dan sering hampir menyamai catatan dilakukan Verstappen namun kadangkala bergelut merapatkan jurang dengan rakan sepasukannya itu pada sesi kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 12:35 PM