LITAR Jeddah. FOTO AFP
LITAR Jeddah. FOTO AFP
AFP

Jeddah, Saudi Arabia: Grand Prix Formula Satu (F1) Arab Saudi akan diteruskan 'seperti yang dirancang' meskipun terdapat serangan oleh pemberontak Yaman ke atas depoh minyak berdekatan Litar Jeddah menyebabkan kebakaran besar yang boleh dilihat dari litar.

Api menyambar kilang penapisan minyak Aramco dan pelumba turut dapat menghidu bau api semasa sesi latihan pembukaan.

Pemandu mengadakan pertemuan hampir empat jam dengan bos dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali dan pengarah urusan Ross Brawn membincangkan sama ada akan meneruskan perlumbaan atau sebaliknya.

API yang marak dapat dilihat daripada litar perlumbaan. -FOTO AFP
API yang marak dapat dilihat daripada litar perlumbaan. -FOTO AFP

"Bukan saya untuk mengatakannya sekarang," kata wakil kesatuan pemandu, George Russell ketika beberapa ketua pasukan memberi pengesahan untuk terus berlumba.

"Bersedia dan fokus sepenuhnya untuk perlumbaan esok," kata pelumba Mexico Sergio Perez dari Red Bull dalam Twitter selepas mesyuarat berakhir pada 2.20 pagi sekali gus mengesahkan keputusan bahawa perlumbaan akan tetap berlangsung.

Domenicali sebelum itu mengesahkan bahawa perlumbaan akan diteruskan seperti yang dirancang.

Pemberontak Yaman menyerang kemudahan minyak milik Aramco berhampiran litar ketika sesi latihan yang menyaksikan kebakaran besar dari litar.

Sesi latihan kedua tertangguh dengan pengurusan F1, bos-bos pasukan, pemandu dan promoter perlumbaan membincangkan tentang serangan berkenaan.

Aramco adalah penaja kepada pasukan Aston Martin

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2022 @ 1:10 PM