BAGNAIA sudah menemui persekitaran yang tenang dalam pasukan Ducati. FOTO Ihsan Ducati
BAGNAIA sudah menemui persekitaran yang tenang dalam pasukan Ducati. FOTO Ihsan Ducati
Agensi

Bologna: Francesco Bagnaia akan kekal bersama pasukan Ducati Lenovo sekurang-kuranya pada penghujung saingan MotoGP 2024 selepas menandatangani kontrak baru.

Juara Moto2 2018 itu adalah antara pelumba yang menyerlah pada hujung saingan, memenangi empat daripada enam perlumbaan terakhir bagi meraih kedudukan kedua terbaik keseluruhan.

Ia persembahan yang meyakinkan ketika tahun pertama Bagnaia bersama Ducati, sekali gus membolehkan kedua-dua pihak sama-sama tidak sabar untuk memulakan kempen 2023.

Ducati sebelum ini hanya ingin membuat pengumuman berkenaan pada perlumbaan sulung musim ini di Qatar 6 Mac depan.

"Menjadi pelumba Ducati dalam MotoGP sentiasa menjadi impian saya, dan mengetahui bahawa saya boleh terus bersama Ducati Lenovo untuk dua musim lagi membuatkan saya gembira dan bangga.

"Saya sudah menemui persekitaran yang tenang dalam pasukan ini. Saya berasa sangat serasi dengan pasukan yang saya yakin bahawa kita boleh melakukan perkara yang hebat bersama-sama.

"Kini saya hanya boleh menumpukan perhatian untuk melakukan yang terbaik dalam kejuaraan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Claudio (Domenicali), Gigi (Dall'Igna), Paolo (Ciabatti), Davide (Tardozzi) dan semua kakitangan Ducati Corse.

"Saya akan cuba membalas kepercayaan mereka dengan keputusan saya di trek!," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 3:21 PM