MILLER meraikan kejayaan meraih petak utama bersama pasukannya di GP San Marino. FOTO EPA
MILLER meraikan kejayaan meraih petak utama bersama pasukannya di GP San Marino. FOTO EPA
AFP

Misano Adriatico: Jack Miller merangkul petak utama MotoGP di San Marino dan ia adalah kali kedua buat pelumba Australia itu mengetuai permulaan perlumbaan dalam kelas perdana itu.

Pelumba Ducati itu kali terakhir menduduki petak utama ketika di Argentina pada 2018 dan hari ini dia sekali lagi mencatat masa terpantas 1 minit 31.899 saat (s), ketika di percubaan kali kelapan.

Dia yang berusia 27 tahun itu menamatkan saingan hanya 0.015 saat di hadapan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.

Bagaimanapun, Bagnaia perlu memulakan perlumbaan esok di petak kelima selepas dikenakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2022 @ 9:48 PM