Peta laluan alternatif untuk pengguna jalan raya yang menggunakan Jambatan Jalan Tangkak - Segamat yang ditutup sementara. Foto Ihsan JKR
Peta laluan alternatif untuk pengguna jalan raya yang menggunakan Jambatan Jalan Tangkak - Segamat yang ditutup sementara. Foto Ihsan JKR
Essa Abu Yamin


JAMBATAN Jalan Tangkak-Segamat ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan berkuat kuasa 25 Julai hingga 12 Ogos ini untuk kerja pemasangan panel keluli bermodular.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tangkak dalam kenyataan media berkata, pengguna jalan raya disarankan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif sama ada dicadangkan atau laluan alternatif lain untuk dari Tangkak ke Segamat atau sebaliknya bagi menjamin keselamatan mereka.

"Papan tanda pemberitahuan dan papan tanda laluan alternatif dipasang di lokasi strategik di sepanjang Jalan Tangkak-Segamat untuk panduan pengguna," katanya.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif dari Tangkak ke Segamat atau sebaliknya dengan melalui Jalan Tangkak - Segamat (FT023),Jalan Bekoh (J123), Jalan Chohong - Nyalas (M15), Jalan Asahan (M125) dan Jalan Asahan - Jementah (J277).

LALUAN ALTERNATIF 2
LALUAN ALTERNATIF 2

"Laluan alternatif kedua ialah Jalan Tangkak- Segamat (FT023), Jalan Parit Kasan - Sagil (J194), Jalan Sungai Mati - Bukit Serampang (J33), Jalan Sengkang (J143), Jalan Kampung Teratai (J188), dan Jalan Durian Chondong (J34).

"Selain itu, pengguna jalan raya dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) juga boleh menggunakan laluan alternatif dari Tol Bukit Gambir - Jalan Sungai Mati - Bukit Serampang (J33), Jalan Sengkang (J143), Jalan Kampung Teratai (J188) dan Jalan Durian Chondong (J34)," katanya.

Semua pengguna jalan raya diharapkan mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan dan untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Tangkak di talian 06-9787655.

LALUAN ALTERNATIF 3
LALUAN ALTERNATIF 3

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 7:04 PM