HANNAH mendapat tepukan gemuruh selepas mencatat birdie pada lubang terakhir. FOTO AFP
HANNAH mendapat tepukan gemuruh selepas mencatat birdie pada lubang terakhir. FOTO AFP
AFP

Singapura: Hannah Green dari Australia membenam birdie melalui pukulan leret luar biasa sejauh 9 meter di lubang terakhir untuk mengetepikan Celine Boutier dari Perancis dan memenangi Kejohanan Dunia Wanita HSBC dengan kelebihan satu pukulan di Singapura hari ini.

Acara utama Jelajah LPGA Amerika Syarikat (AS) di Asia itu kelihatan seperti bakal diheret ke playoff selepas Celine mencatatkan lima di bawah par 67 untuk membolehkannya mendahului 12 di bawah par keseluruhan namun Hannah

menyamakan kedudukan dengan birdie pada lubang ke-16 dan ke-17.

Pemain Australia itu melengkapkan birdie hatrik di lubang terakhir untuk merangkul kejuaraan apabila putt yang dilakukannya melencong masuk ke dalam lubang sebelum mendapat sorakan gemuruh.

"Saya tahu saya perlu sekurang-kurangnya mencatatkan birdie yang terakhir untuk menang dengan satu pukulan," kata pemain nombor 29 dunia itu selepas menamatkan kejohanan dengan catatan 13 di bawah 275.

"Sebaik sahaja putt itu masuk, saya seperti, 'Ya Tuhanku, saya menang!'," kata pemain berusia 27 tahun itu, yang menjulang gelaran Jelajah LPGA keempatnya.

"Anda perlu mengambil tahap tertinggi seperti ini apabila ia datang tidak kerap dan golf kadang-kadang boleh menjadi sukan pembelajaran kadang-kadang."

Celine bermain hebat hari ini tetapi dia tidak berakhir dengan trofi di tangannya. Tetapi dia harus tetap berbangga dengan prestasinya di bawah tekanan ini," kata Green.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 5:29 PM