CHEONG Min merangkul pingat perak di Sukan Asia Hangzhou, hujung tahun lalu. FOTO ARKIB NSTP
CHEONG Min merangkul pingat perak di Sukan Asia Hangzhou, hujung tahun lalu. FOTO ARKIB NSTP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Atlet wushu, Tan Cheong Min menaruh harapan tinggi untuk mewakili negara ke Kejohanan Wushu Asia di Macau, September depan.

Biarpun belum pasti sama ada terpilih atau sebalik, Cheng Min tetap melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan itu.

Menurutnya, dia akan terus membaiki prestasinya untuk bersaing di pentas itu buat pertama kali.

"Kejohanan Asia ini akan jadi yang pertama buat saya, tapi kita tak tahu sama ada saya akan terpilih mewakili negara atau tidak.

"Apapun, saya akan fokus kepada latihan sambil memastikan pemulihan kecederaan berjalan lancar.

"Segala kejayaan yang saya capai tahun lalu, sebaik turun dari pentas menerima hadiah, semua menjadi kosong semula dan bermula dengan fasa baharu," kata Cheong Min.

Atlet berusia 26 tahun itu memenangi dua pingat emas di Sukan Sea Kemboja tahun lalu, menerusi acara Nanquan dan Nandao+Nangun.

Cheng Min kemudian terus mencipta kejayaan dengan meraih pingat perak acara Nanquan+Nandao di Sukan Asia Hangzhou, sebelum merangkul pingat emas acara Nanquan+Nandao di Sukan Kombat Dunia di Riyadh, Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2024 @ 5:44 PM