pemain golf Amerika Syarikat Nelly Korda(kanan).
pemain golf Amerika Syarikat Nelly Korda(kanan).
Reuters

Miami: Juara bertahan Olimpik Nelly Korda terus mendahului pusingan kedua kejohanan LPGA Drive on pada semalam selepas melakukan tiga birdie pada empat lubang terakhir untuk mencatatkan empat pukulan dibawah par 67.

Pemain golf yang mewakili Amerika Syarikat itu mencatatkan 10 dibawah par 132 pada aksi yang berlangsung di Bradenton Country Club.

Turut mencuri tumpuan adalah pemain golf dari Korea Selatan Lee So-mi selepas melakukan 65 pukulan sekelai gus menyaksikan dia berada di kedudukan kedua dengan 134 manakala Lydia Ko dari New Zealand, Lin Xiyu (China), dan Ayaka Furue (Jepun) berkongsi tempat ketiga pada 135.

Nelly bermula dengan agak baik walaupun aksinya sedikit terganggu namun berjaya menamatkan pusingan itu dengan tiga birdie di empat lubang terakhir.

So-mi yang baru berjinak dengan kejohanan LPGA menunjukkan prestasi cemerlang sekali gus mampu mengakhiri saingan di tempat kedua.

" Saya melakukan pukulan yang baik dalam tempoh dua hari terakhir ini. Memimpin aksi dengan baik dan kurang melakukan kesilapan," kata Korda.

Sementara itu, So-mi berkata, pencapaian yang diraih itu bakal meniup semangatnya untuk lebih berkeyakinan pada penampilan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 10:41 AM