MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam acara pecut individu. FOTO AFP
MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam acara pecut individu. FOTO AFP
Aida Adilah Mat


Hangzhou: Pelumba berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi cemerlang untuk menghadiahkan pingat gangsa dalam acara pecut individu.

Shah mempamerkan kayuhan bertenaga menewaskan pelumba tuan rumah, Xue Chenxi 2-0.

Ia adalah pingat gangsa ketiga negara di Velodrom Chun'an Jieshou, selepas acara pecut berpasukan lelaki dan wanita menyumbangkan dua pingat gangsa sebelum ini.

Esok Shah sekali lagi berpeluang untuk merangkul pingat apabila turun dalam acara keirin bersama-sama Muhammad Fadhil Zonis yang mengambil alih tempat ditinggalkan Datuk Azizulhasni Awang.

Untuk rekod ketika temasya Sukan Asia Palembang-Jakarta, Azizul berjaya menyumbangkan emas dalam acara pecut individu.

Emas acara itu dimenangi jaguh Jepun, Ota Kaiya manakala perak menjadi milik pelumba China, Zhou Yu juga dengan keputusan 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 5:16 PM