SHEREEN ketika meraih emas di temasya Sukan Sea Kemboja yang lalu, FOTO NSTP
SHEREEN ketika meraih emas di temasya Sukan Sea Kemboja yang lalu, FOTO NSTP
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Pelari negara, Shereen Samson Vallabouy mengungguli acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej-Kolej Nasional (NCAA) divisyen 2 awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pueblo Colorado, pelari berusia 24 tahun itu yang mewakili Winona State University menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 57.24 saat (s).

Perak acara itu dimenangi pelumba Azusa Pacific University, Alayna Verner dengan catatan masa 52.78 manakala gangsa diraih atlet West Texas A&M, Corrsia Perry (53.39s).

Kejayaan yang diraih Shereen itu boleh disifatkan penutup yang manis buat pelari itu apabila ia adalah perlumbaan terakhirnya di kejohanan berkenaan selepas sudah menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Rekreasi dan Pelancongan.

Untuk rekod, pada bulan lalu, anak kepada pasangan bekas pelari negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary mencipta sensasi apabila meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun selepas berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, Amerika Syarikat.

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan Sea Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 3:07 PM