KUBANG PASU 01 MARCH 2023. Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (tiga kiri) bersama Pengarah Urusan SAB Global, Nar Azaman Ibrahim (empat kiri) merasmikan kaunter tiket bola sepak di Stadium Darul Aman yang akan dijual di Fantasia Aqua Park,Jitra. STR/LUQMAN HAKIM ZUBIR.
KUBANG PASU 01 MARCH 2023. Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (tiga kiri) bersama Pengarah Urusan SAB Global, Nar Azaman Ibrahim (empat kiri) merasmikan kaunter tiket bola sepak di Stadium Darul Aman yang akan dijual di Fantasia Aqua Park,Jitra. STR/LUQMAN HAKIM ZUBIR.


Phnom Penh: Atlet wushu negara, Tan Cheong Min mahu mengenepikan statusnya sebagai juara dunia apabila turun beraksi di saingan Sukan Sea di Kemboja, esok.

Cheong Min, 25, tekd memberi fokus sepenuhnya termasuk melupakan seketika dirinya adalah pemegang kejuaraan dunia apabila turun dalam acara nanquan wanita, sekaligus memastikan misi meraih pingat emas terus kekal milik negara.

Untuk rekod, dia menduduki tempat keempat di Sukan Asia Indonesia 2018 sebelum meraih kejayaan cemerlang di Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai, China pada 2019 di mana Cheong Min memenangi pingat emas dalam acara nandao dan pingat perak acara nanquan.

Menyedari perhatian penuh di bahunya, gadis kecil molek itu bagaimanapun tidak menganggap tekanan itu sebagai bebanan apabila mengakui kadang-kala tekanan juga boleh memberi motivasi buat dirinya beraksi dengan lebih baik.

"Sejujurnya, saya rasa atlet harus merasai tekanan kerana ia boleh merangsang mereka untuk melakukan lebih baik dan terus fokus...bagi saya tekanan ini boleh dijadikan motivasi.

"Saya tahu semua orang mahu menewaskan juara dunia dalam Sukan Sea dan pendekatan saya setiap kali turun dari podium selepas kemenangan, saya bermula dari sifar semula. Tidak kira peringkat mana pertandingan itu, pendekatan saya adalah sama.

"Saya terlepas Sukan Filipina 2019 dan Sukan Vietnam 2021 selepas acara saya tidak ditawarkan. Saya sudah berlatih secara berterusan sejak dua edisi temasya itu dan saya memenangi Kejohanan Dunia dalam tempoh itu, kini saya akan meneruskan persembahan di sini," katanya yang berasal dari Melaka.

Acara nanquan wanita negara sebelum ini dikuasai Diana Bong dan Tai Cheau Xuen apabila menguasai enam daripada 10 pingat emas yang ditawarkan dalam enam edisi dari 2007-2017.

Diana memenangi pingat emas di empat temasya bermula di Korat 2007, Vientiane 2009, Naypyidaw 2013 dan Kuala Lumpur 2017, manakala Cheau Xuen membolot di dua saingan di Palembang 2011 dan Naypyidaw 2013.

Ujarnya lagi, saingan di Kemboja ini cukup penting dalam persiapan dirinya sebelum ke Sukan Asia di Hangzhou, di China September ini.

"Ini (Sukan Sea) pertandingan pertama untuk saya tahun ini...saya mahu melakukannya dengan baik tetapi juga melihat apa yang boleh saya lakukan dan cuba perbaiki.

"Di Sukan Asia 2018, banyak mata dipotong oleh juri jadi saya mahu mengelaknya dan menggunakan Sukan Sea untuk beraksi baik. Ia sebagai medan terbaik untuk ke Sukan Asia nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 5:53 PM