Kuala Lumpur: Atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen yang didapati positif bahan terlarang pada temasya Sukan Asia Incheon digantung empat bulan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa.

Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) berkata, Cheau Xuen, 23, digantung sehingga 20 Mac 2015 kerana didapati positif sibutramine.

PWM diberitahu mengenai keputusan itu melalaui surat daripada Pesekutuan Wushu Antarabangsa, minggu lalu.

Cheau Xuen didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis sibutramine selepas memenangi pingat emas dalam acara cara gabungan nanquan dan nandao wanita pada Sukan Asia, 20 September lalu.

Pingat emas yang dimenanginya juga ditarik balik. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 6:33 PM