NICK Kyrgios. -FOTO Agensi
NICK Kyrgios. -FOTO Agensi
Agensi

London: Nick Kyrgios boleh "bersara saja" jika dia memenangi grand slam pertamanya pada musim 2023 nanti.

Pemain Australia itu meraih tahun terbaiknya pada 2022 dengan memenangi tiga gelaran dalam acara beregu dan turut mara ke perlawanan akhir Terbuka Washington pada Ogos.

Bagaimanapun, Kyrgios gagal meraih gelaran grand slam musim ini walaupun mara ke final Wimbledon, di mana dia tewas kepada Novak Djokovic dalam pertarungan empat set.

Dengan Terbuka Australia, kejohanan di laman sendiri dan grand slam pertama tahun depan berbaki kurang dari sebulan, pemain berusia 27 tahun itu boleh berhenti sekiranya dia memenangi grand slam yang pertamanya.

Bercakap menjelang perlawanan pertunjukan Kyrgios memaklumkan: "Semoga saya boleh memenangi Slam dan kemudiannya terus bersara.

"Ia memerlukan banyak kerja keras musim (2022). Disiplin dan nampaknya lebih baik anda lakukan, semua orang mahu lebih lagi dari anda dan ia menjadi lebih tertekan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 11:37 AM