Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Gelaran Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022 menjadi milik Muhammad Azeem Mohd Fahmi selepas atlet dari Perak itu mengungguli final 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s).

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan pingat gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukma 2016 di Sarawak Rekod kebangsaan yang dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 4:03 PM
AZEEM (tengah) mengungguli acara akhir 100m lelaki di Sukma 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO HAZREEN MOHAMAD
AZEEM (tengah) mengungguli acara akhir 100m lelaki di Sukma 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO HAZREEN MOHAMAD