PRESIDEN Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff, menyampaikan pingat dan sijil perhargaan Tokoh Sukan kepada Mustakim Walad. FOTO Mikail Ong
PRESIDEN Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff, menyampaikan pingat dan sijil perhargaan Tokoh Sukan kepada Mustakim Walad. FOTO Mikail Ong
Siti Aminah Mohd Yusof


Georgetown: Bekas jaguh takraw negara, Mustakim Walad, diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Sukan sempena Sambutan Maal Hijrah anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di sini, hari ini.

Mustakim, 60, pernah meraih pingat emas di Sukan Sea Singapura (1983), Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean di Bangkok 1979 (perak), Sukan Pelabuhan Asia 1995 di Brunei (emas), Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) 1995 (emas) selain mewakili negara dalam Sukan Asia New Delhi (1982) Piala Raja Thai, Bangkok (1984) serta tampil pada Pertunjukan Sepak Takraw Jepun (1985) dan Pertunjukan Sepak Takraw Vancouver (1986).

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai anggota bomba di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) merupakan pemain tekong pasukan SPPP sebelum bersara pada 1993 dan kini bertugas di syarikat kejuruteraan dan elektronik multinasional, Robert Bosch sebagai pegawai keselamatan.

"Insya-Allah saya akan menyambung usaha dan dapat memberi tumpuan penuh dalam bidang kejurulatihan seterusnya memperkemaskan pasukan sepak takraw negeri selepas bersara pada September ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 9:26 PM