FAIZAL Azumu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.  FOTO Aswadi Alias
FAIZAL Azumu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. FOTO Aswadi Alias
Aida Adilah Mat dan Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan sasaran enam pingat emas buat kontinjen negara di temasya Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Berdasarkan perkembangan terkini prestasi atlet negara, enam pingat yang disasarkan adalah sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powelifting.

Ahmad Faizal pada sidang media majlis penyerah Jalur Gemilang pada kontinjen negara berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan beberapa faktor seperti penarikan diri pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia daripada menyertai temasya itu.

"Pada mulanya selepas berbincang kita meletakkan sasaran tujuh emas. Tapi selepas beberapa faktor ia terpaksa dikaji semua. Saya sentiasa memantau rapi persiapan kontinjen negara untuk ke kejohanan ini. Jujur saya katakan persiapan kali ini bukannya mudah dan kita terpaksa berdepan pelbagai rintangan termasuk isu kecederaan atlet.

"Selain itu kemalangan menimpa pemain skuasy negara S Sivasangari juga menyebabkan sasaran pingat emas dalam acara beregu wanita terpaksa dikaji semua," katanya.

Kontinjen negara di temasya berkenaan akan diketuai Chef de Misson, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Timbalan Chef de Misson, Monteiro Gerer Claire akan diwakili 105 atlet yang akan menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2022 @ 5:55 PM