SERGIV Stakhovsky. FOTO Agensi
SERGIV Stakhovsky. FOTO Agensi
AFP

London: Bintang tenis Ukraine, Sergiy Stakhovsky berharap tidak menggunakan senjata api selepas menyertai perjuangan untuk melindungi negaranya daripada pencerobohan Rusia.

Stakhovsky yang dikenali kerana menewaskan Roger Federer di Wimbledon 2013, adalah bintang sukan Ukraine terkini yang mempertahankan negaranya.

Pemain berusia 36 tahun itu bersara selepas Terbuka Australia, Januari lalu dan kembali ke Kyiv untuk mengambil bahagian dalam perjuangan mengusir Rusia.

"Saya tahu menggunakan senjata api. Jika terpaksa, saya akan menggunakannya. Saya sangat berharap tidak perlu menggunakan senjata itu," kata Stakhovsky kepada BBC Radio 4.

Ditanya mengenai kesukaran meninggalkan isterinya, Anfisa dan anak-anak di rumah mereka di Hungary, dia berkata: "Saya masih tidak pasti bagaimana saya melakukannya.

"Saya tahu ia amat menyukarkan isteri saya. Anak-anak saya tidak tahu bahawa saya di sini. Mereka tidak faham perang. Mereka terlalu sedikit untuk memahami apa yang berlaku."

Juara tinju, Vasiliy Lomachenko dipercayai turut menyertai perjuangan menentang Rusia.

Juara heavyweight dunia Oleksandr Usyk yang mengalahkan Anthony Joshua pada September lalu juga dikatakan sudah meninggalkan London untuk mempertahankan negaranya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 10:42 AM