AZIZUL (kiri) bersama rakannya, Zahir. FOTO Azizulhasni Awang
AZIZUL (kiri) bersama rakannya, Zahir. FOTO Azizulhasni Awang
Hamdan Saaid


Kuala Lumpur: Walaupun berada jauh di perantauan, Datuk Azizulhasni Awang patut diberi pujian kerana tetap meraikan Hari Sukan Negara 2021 yang disambut di seluruh negara secara serentak semalam.

Jaguh berbasikal trek negara yang meraih pingat perak acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkayuh dengan rakannya Zahir Mokhtar @azmok1 di sekitar pinggir bandar utara Melbourne, Australia.

"Sempena Hari Sukan Negara saya pergi berkayuh dengan rakan di sekitar northern suburb di Melbourne.

"Tapi gok kawang saya ni @azmok1 pedajal ke saya bawok kayuh jalang bukit kaw hahaha. Mentang-mentanglah saya lame doh dok naik bukit yer wak gini ke ambe, parok. So the moral of the story, don't trust cyclist when they said it's just a flat road. Am I right?," tulisnya dalam hantaran terbaharu di laman sosial.

Azizul, 33, kini memburu pingat emas sulung kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas meraih pingat gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 1:21 PM