Pemain Ukraine, Elina Svitolina beraksi dalam satu kejohanan. FOTO AFP
Pemain Ukraine, Elina Svitolina beraksi dalam satu kejohanan. FOTO AFP
AFP

Paris: Elina Svitolina lonjak satu tangga di tempat kelima dalam ranking WTA dikeluarkan hari ini selepas merangkul kejuaraan pertamanya musim ini di Terbuka Wanita Chicago.

Elina bertukar tempat dengan Sofia Kenin, yang menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini selepas baru-baru diuji positif Covid-19, dengan hanya peluang kelompok 25 teratas diketuai juara Wimbledon, Ashleigh Barty.

Pemain Estonia, Anett Kontaveit melonjak di tangga ke-28 susulan kejayaan di Cleveland hujung minggu lalu.

Sementara bagi kategori lelaki tiada perubahan besar berlaku dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dari Serbia kekal mendahului selesa dengan 11113 mata menjelang Terbuka AS.

Diekori rapat sensasi Rusia, Daniil Medvedev dengan 9980 mata, pemain Greece, Stefanos Tsitsipas (8350) dan jaguh Jerman, Alexander Zverev (8240).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 8:27 PM