ELINA meraikan kemenangan ke atas Simona di Shenzhen, malam ini. — FOTO AFP
ELINA meraikan kemenangan ke atas Simona di Shenzhen, malam ini. — FOTO AFP
AFP

JUARA bertahan Elina Svitolina melangkah ke separuh akhir kejohanan penamat musim Pusingan Akhir WTA selepas mengatasi Simona Halep malam ini, manakala pemain sensasi Kanada, Bianca Andreescu menarik diri kerana cedera menentang Karolina Pliskova.

Bianca cedera lutut kirinya pada ‘game’ ketiga selepas cuba membalas pukulan servis yang tersasar. Lututnya dibalut ketika menerima rawatan.

Pemain berusia 19 tahun itu cuba bersaing namun kelihatan terhincut-hincut dan menarik diri selepas set pertama yang dimenangi Karolina 6-3 dalam 51 minit.

Bianca yang tidak menang gagal ke separuh akhir manakala juara Wimbledon, Simona akan berdepan Karolina bagi menentukan naib juara kumpulan itu.

Elina muncul juara Kumpulan Ungu selepas menggunakan kesempatan kesilapan Simona sebelum menang 7-5, 6-3 dalam tempoh satu jam 39 minit di Pusat Sukan Shenzhen Bay.

Elina pemain pertama layak ke separuh akhir, sesudah turut menundukkan pemain nombor dua dunia Karolina dalam dua set kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 12:24 AM