CONOR McGregor. FOTO Agensi.
CONOR McGregor. FOTO Agensi.
AFP

ATLET seni beladiri campuran Conor McGregor membayangkan dia mungkin tidak akan bersara hari ini selepas perbalahan berbaur perkauman dengan pencabar utamanya Khabib Nurmagomedov.

Dalam posnya di Twitter, seminggu selepas dia bersumpah untuk menggantung sarung tangannya, petinju Ireland bermulut lancang itu membayangkan dia belum mahu berhenti bertarung.

“Saya mahu bergerak ke hadapan, bersama penyokong saya dari pelbagai kepercayaan dan latar belakang,” tulis McGregor.

“Semua kepercayaan mencabar kita untuk menjadi yang terbaik. Dunia ini milik kita semua. Jumpa anda lagi di Octagon.”

Ciapan McGregor itu hadir selepas kritikan dilemparkan terhadapnya susulan pos terdahulunya di mana dia mengaibkan isteri Nurmagomedov dan agama Islam yang dianuti kedua-duanya.

McGregor kemudiannya memadamkan pos berkenaan.

Nurmagomedov bagaimanapun berang dengan kenyataan itu, dan membangkitkan mengenai pertuduhan serangan seksual yang dikenakan terhadap McGregor di Ireland menurut New York Times.

“Anda adalah seorang hipokrit yang tidak bertanggungjawab terhadap kata-kata anda,” tulis Nurmagomedov.

“Keadilan akan memburu anda. Lihatlah nanti.”

Perbalahan itu mendesak campur tangan bos UFC Dana White yang menggesa kedua-dua kem menarik balik kenyataan mereka.

“Saya menyedari perbalahan di media sosial di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor," kata White dalam satu kenytaan.

“Situasi ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima. Kami mengambil langkah tertentu untuk mendekati kedua-dua pihak dan situasi ini akan diselesaikan secara dalam.”

Nurmagomedov menewaskan McGregor dalam pertarungan di Las Vegas Oktober lalu yang bagaimanapun dicemari insiden pergaduhan di luar gelanggang.

Pada Januari Pesuruhjaya Atlet Nevada menggantung McGregor selama enam bulan, bermula Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 12:56 PM