SUKAN Olimpik semakin terasa dengan bermulanya penganjuran larian obor mengelilingi Jepun. FOTO AFP
SUKAN Olimpik semakin terasa dengan bermulanya penganjuran larian obor mengelilingi Jepun. FOTO AFP
AFP

Lausanne: Jumlah tetamu untuk Sukan Olimpik Tokyo akan dikurangkan, begitu juga dengan kakitangan yang tidak penting, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), hari ini.

Ia sekali gus menggambarkan keputusan kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan kemasukan penonton dari luar negara menyaksikan temasya sukan terbesar dunia itu.

"Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memutuskan untuk memberikan akreditasi hanya kepada individu yang mempunyai peranan penting dan terbabit dengan operasi di Sukan Olimpik Tokyo 2020," kata IOC dalam satu kenyataan.

"Ia akan mengurangkan jumlah mereka yang mendapat akreditasi di temasya sukan itu.

"Ini akan dilaksanakan dengan mengurangkan jumlah program termasuk program tetamu IOC."

Keputusan itu berikutan temasya berkenaan dianjurkan ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

Sukan Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung pada tahun lalu tetapi ditangguhkan kepada tahun ini berikutan penularan pandemik berkenaan.

Ia akan berlangsung di ibu kota Jepun bermula 23 Julai sehingga 8 Ogos. Keputusan yang dilakukan itu juga membabitkan temasya Paralimpik yang turut berlangsung di Tokyo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 2:08 PM