WESTWOOD perlu mengekalkan permainan terbaik untuk meraih kejuaraan Jemputan Arnold Palmer. FOTO AFP
WESTWOOD perlu mengekalkan permainan terbaik untuk meraih kejuaraan Jemputan Arnold Palmer. FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain golf Britain, Lee Westwood melakukan aksi penutup dengan putt sejauh 8.5 meter selepas membenam eagle di lubang ke-16 untuk mendahului satu pukulan di pusingan ketiga Jemputan Arnold Palmer.

Westwood yang berusia 47 tahun melakukan lapan birdie dan satu eagle untuk mengimbangi tiga bogey bagi mencatatkan tujuh di bawah par 65 dan mengungguli tangga teratas dengan 11 di bawah 205 di Bay Hill.

"Saya tidak terkejut. Saya tahu masih mampu untuk beraksi dengan baik walau apa pun berlaku.

"Saya masih belum hilang sentuhan dan masih lagi dahagakan kejayaan serta sentiasa bekerja keras di gimnasium," kata Westwood.

Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Bryson DeChambeau melakukan 68 pukulan untuk berkongsi kedudukan kedua 206 pukulan keseluruhan bersama Corey Conners dari Kanada.

Dua lagi pemain AS, Jordan Spieth dan Keegan Bradley berkongsi kedudukan keempat dengan 207 pukulan.

Westwood yang berkedudukan ke-39 dunia memburu kejuaraan PGA AS buat kali pertama sejak juara Klasik St Jude pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 1:36 PM