Jakobsen (kiri) memenangi dua peringkat di Vuelta a Espana. FOTO Agensi
Jakobsen (kiri) memenangi dua peringkat di Vuelta a Espana. FOTO Agensi
Agensi

London: Pelumba Britain, Mark Cavendish berkata rakan sepasukannya di Deceuninck-Quick Step, Fabio Jakobsen akan kembali ke prestasi kemuncak selepas mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan.

Jakobsen, 24, mengalami kecederaan di kepala dan muka ketika Jelajah Poland tahun lalu selepas bertembung dengan pelumba Jumbo Visma, Dylan Groenewegen.

"Dia akan kembali semula pada peringkat yang sangat tinggi," kata Cavendish, 35, yang menyertai semula pasukan itu bagi 2021.

Jakobsen menjalani pembedahan mula sejak beberapa bulan lalu.

Pasukan berkenaan berkata pelumba Belanda, Jakobsen masih tidak mempunyai perancangan bagi program perlumbaan untuk 2021 ketika dia masih menjalani pemulihan daripada kemalangan yang menyaksikan dia melanggar penghadang dan bertembung dengan pelumba tuan rumah sebelum terbabas berhampiran landasan kereta api.

"Melihat pada komitmen yang diletakkan dirinya, saya sangat berbangga terhadapnya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 8:11 PM