Dina Asher-Smith. FOTO Agensi
Dina Asher-Smith. FOTO Agensi
AFP

London: Ketua Pegawai Eksekutif UK Athletics, Joanna Coates menegaskan organisasinya tidak akan bertolak ansur terhadap penindasan jantina selepas laporan mendedahkan perlakuan buruk yang dihadapi oleh kebanyakan jurulatih wanita.

Sekalipun taruhan terbaik Britain kepada jaguh pecut, Dina Asher-Smith dan atlet heptathlon, Katarina Johnson-Thompson bagi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo yang tertangguh, laporan Universiti Leeds Beckett mendedahkan tiada jurulatih wanita berada dalam program pasukan senior Olimpik Britain di acara utama antarabangsa lebih 10 tahun.

Kajian yang dibuat Jaringan Jurulatih Wanita, juga mendedahkan diskriminasi yang dialami oleh jurulatih wanita.

"Perkara serius dan berulang yang dikenal pasti dari temubual adalah kebanyakan wanita membincangkan mengenai persepsi negatif dan hubungan kerja dengan jurulatih lelaki," menurut laporan itu.

"Tingkah laku sedemikian terhadap wanita sebahagian besar adalah tidak didengari, diucapkan, tidak dihormati, atau dikecualikan sepenuhnya ('disingkirkan').

"Sememangnya, terdapat juga kejadian gangguan seksual dan kemerosotan prestasi jurulatih wanita yang dilakukan oleh jurulatih lelaki."

Joanna berkata: "Statistik menunjukkan kita memperoleh pencapaian cemerlang dalam sukan susulan kejayaan jurulatih wanita, kita perlu mengubah persekitaran di mana perlu ada kawalan dan pengawasan.

"Bagaimanapun, penindasan jantina sememangnya mensasarkan kepada wanita. Sama seperti kebimbangan baru-baru ini yang timbul mengenai keselamatan.

"Kita sepatutnya tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini dalam sukan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 9:44 AM