KAROLINA sebelum itu sudah diberikan amaran kerana menghempas raket di dalam gelanggang. FOTO EPA
KAROLINA sebelum itu sudah diberikan amaran kerana menghempas raket di dalam gelanggang. FOTO EPA
AFP

Melbourne: Bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova bermula dengan 0-15 pada permainan pertama set kedua selepas dia menghempas raket di luar gelanggang dan lebih memeritkan tersingkir di Terbuka Australia apabila kalah kepada Karolina Muchova.

Pemain pilihan keenam itu jelas kecewa dan geram dengan permainannya sebelum tumpas 5-7, 5-7, kepada rakan senegara di pusingan ketiga, seterusnya memadamkan hasrat meraih gelaran Grand Slam pertama.

"Saya gembira kerana berjaya layak dengan kemenangan dua set. Kami berdua memang sangat gementar," kata Karolina Muchova

Selepas tumpas di set pertama, Karolina Pliskova melepaskan kekecewaan dengan menghempaskan raketnya.

Dia kemudiannya berjalan ke terowong bilik persalinan untuk meneruskan lagi perbuatan itu sebelum disedari pegawai perlawanan yang memberitahu perkara berkenaan kepada umpire, Alison Hughes.

"Ia di luar gelanggang, saya dibenarkan untuk melakukan apa yang saya mahu," kata Karolina Pliskova.

"Tidak boleh ketika dalam perlawanan," kata Hughes.

Insiden itu ternyata mengganggu rentaknya yang tumpas lima permainan berturut-turut dan dua kali servisnya dipatahkan lawan.

Walaupun cuba bangkit, rakan senegaranya yang juga pilihan ke-25 berjaya mematahkan servis sekali lagi untuk melengkapkan kemenangan.

Ia adalah aksi sulung hari ini berlangsung tanpa penonton di Arena Rod Laver pada hari pertama perintah berkurung selama lima hari di Melbourne berikutan peningkatan kes Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2021 @ 2:19 PM