AKSI Karolina ketika bertemu Magdalena. FOTO EPA
AKSI Karolina ketika bertemu Magdalena. FOTO EPA
AFP

Los Angeles: Pilihan utama, Karolina Pliskova mara ke pusingan ketiga WTA dan ATP Masters di Indian Wells manakala pilihan kelima, Garbine Muguruza tewas kepada Ajla Tomljanovic.

Karolina yang menduduki ranking ketiga dunia, memerlukan masa selama 80 minit untuk mengatasi lawannya berusia 23 tahun dari Poland, Magdalena Frech 7-5, 6-2.

Magdalena yang menduduki ranking ke-106 dunia, pada satu ketika mendahului 4-3 di set pertama.

Bagaimanapun Karolina bangkit semula untuk kedudukan 6-5 sebelum bintang Republik Czech itu melakar kemenangan di set pertama.

Selepas memperoleh rentak permainan, Karolina dilihat menguasai perlawanan di set kedua apabila pada satu ketika mendahului 5-1 sebelum melakar kemenangan 6-2.

Sementara itu, Garbine tewas 3-6, 6-1, 3-6 kepada Ajla yang melangkah ke suku akhir Grand Slam di Wimbledon buat kali pertama dalam kariernya awal tahun ini.

Garbine tampak mampu memenangi perlawanan itu apabila meraih kemenangan di set kedua namun Ajla kembali fokus untuk melakar kemenangan di set ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 10:54 AM