Floyd Mayweather. FOTO Agensi
Floyd Mayweather. FOTO Agensi
AFP

Tokyo: Aksi pertunjukan legenda tinju, Floyd Mayweather di Tokyo bulan ini terpaksa ditangguhkan kerana kebimbangan terhadap penularan Covid-19 umum penganjur itu, hari ini.

Bekas juara yang bersara, Mayweather, 43, dijadualkan bertarung menentang lawan yang tidak dinamakan di Tokyo Dome pada 28 Februari.

Namun penganjur terpaksa menangguhkannya dengan sempadan memasuki Jepun masih ditutup kepada ketibaan orang asing.

Tokyo dan beberapa wilayah di Jepun kini menjalani kuarantin yang dijadualkan tamat pada 7 Mac depan dengan kehadiran bagi acara sukan bakal dihadkan kepada 5,000 orang atau separuh daripada kapasiti venue.

Minggu lalu, pertarungan Mayweather berdepan YouTuber, Logan Paul, yang dijadualkan pada 20 Februari juga ditangguhkan.

Mayweather pernah bertarung dengan atlet kickboxer Jepun pada aksi pertunjukan 2018 di Jepun berkata, dia berharap acara Tokyo Dome dinamakan "Mega 2021," akan dijadualkan dalam tempoh setahun.

"Jepun ketika ini mempunyai peningkatan jangkitan Covid-19 dan saya difahamkan orang asing tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Saya sangat kecewa. Saya berdoa supaya kita dapat menewaskan Covid-19 dan kembali kepada dunia yang gilakan sukan." kata Mayweather.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 2:58 PM