ZVEREV menjalani latihan di Melbourne bagi mempersiapkan diri untuk Piala ATP dan Terbuka Australia. FOTO AFP
ZVEREV menjalani latihan di Melbourne bagi mempersiapkan diri untuk Piala ATP dan Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Naib juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Alexander Zverez mengakui dia berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan sulung Grand Slam walaupun berdepan dengan pelbagai masalah peribadi di luar gelanggang.

Pemain nombor tujuh dunia itu terlebih dulu akan membantu Jerman dalam saingan Piala ATP yang bermula Selasa ini di Melbourne sebelum memburu trofi Grand Slam pertama di Terbuka Australia.

Bagaimanapun, Zverez yang tumpas kepada Dominic Thiem di Terbuka AS tahun lalu, berdepan masalah peribadi seperti tuduhan mencederakan bekas teman wanitanya dan terbaru sudah tidak sehaluan dengan jurulatih, David Ferrer.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, dia merasakan bersemangat selepas penampilan cemerlang tahun lalu termasuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia.

"Saya bekerja keras ketika tiada kejohanan. Saya lebih suka untuk memikirkan bahawa saya sudah melakukan segala-galanya agar kelihatan sentiasa bersedia," katanya.

Zverez juga dikritik tahun lalu, terutamanya dengan pemain Australia, Nick Kyrgios yang tidak menjaga penjarakan sosial di kejohanan Jelajah Adria.

Bagaimanapun, pemain Jerman itu mempertahankan peraturan ketat yang dijalankan di Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 11:03 PM