ZVEREV duduki tempat keempat dunia. -Foto AFP
ZVEREV duduki tempat keempat dunia. -Foto AFP
AFP

MELBOURNE: Pemain sasa Jerman, Alexander Zverev dikatakan akan mencipta kegemilangan namun setakat ini dia gagal melepasi pusingan keempat Grand Slam – sesuatu yang mahu diperbaikinya pada Terbuka Australia.

Pemain berusia 20 tahun itu akan ke Grand Slam pertama tahun ini dengan kedudukan keempat dunia, hasil lima gelaran tahun lalu.

Kemaraannya itu memberikannya label selaku kelompok pemain muda yang boleh membawa bakat yang ada bagi mencipta gelaran major.

Ketika dia mampu ke pusingan keempat Wimbledon tahun lalu, namun belum mara lebih daripada itu.

“Saya rasa boleh meningkat dalam aspek persembahan Grand Slam,” katanya di Melbourne Park apabila ditanya sasaran utamanya tahun ini.

“Maksud saya, paling jauh saya pergi ialah pusingan keempat Wimbledon. Kebanyakan masa saya bermain buruk, tetapi kerana saya bermain menentang lawan yang sangat bagus.

“Saya tewas kepada (Rafael) Nadal di sini. Saya tewas kepada (Milos) Raonic di Wimbledon. Setiap kali dengan lima set. Ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Tapi jelas ia satu daripada sasaran utama saya tahun ini.”

Zverev ialah seorang daripada empat pemain yang menewaskan idolanya Roger Federer pada 2017 iaitu pada final di Montreal.

Pemain legenda Switzerland itu berkata, Zverev ada “pakej lengkap” dan pemain Jerman itu berazam untuk menunjukkan kemahirannya pada pembukaan Grand Slam tahun ini, bermula esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 1:18 PM