SEBAHAGIAN penonton yang hadir menyaksikan final MPL. FOTO Perbadanan Stadium Malaysia
SEBAHAGIAN penonton yang hadir menyaksikan final MPL. FOTO Perbadanan Stadium Malaysia
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Demi cinta, seorang jejaka Brunei sanggup meredah perjalanan sejauh 2126 kilometer membelah lautan China Selatan datang ke Kuala Lumpur.

Bukan cintanya kepada manusia tetapi kepada permainan eSukan yang membuatkan Mohd Abdul Hannan Roslan, 22, mengambil keputusan untuk hadir menonton final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia (MY) antara HomeBois menentang Team SMG di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Tarikan yang ada pada kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pada musim ke-12 berjaya menarik minat orang ramai untuk hadir beramai-ramai termasuk dirinya.

"Pertama kali saya hadir melihat MPL MY dan menonton depan mata sendiri, memang terbaik dan sangat berpuas hati terutama jumlah penonton yang ada di dalam dewan.

"Semua yang ada di sini sangat-sangat bersemangat dan saya nampak ada ultras HomeBois membuatkan suasana menjadi lebih menarik," katanya.

Abdul Hannan salah seorang atlet eSukan dan pernah mewakili Persatuan Esports Brunei ke Sukan Sea Hanoi dalam pertandingan PUBG Mobile.

Sementara itu, Temu Yyan, 31, pula hadir dari Johor kerana ingin memberi sokongan secara moral kepada pasukan kegemarannya di final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 3:40 PM