Pemain England Jude Bellingham cuba melepasi tonggak muda Sepanyol Lamine Yamal pada aksi final Euro 2024.
Pemain England Jude Bellingham cuba melepasi tonggak muda Sepanyol Lamine Yamal pada aksi final Euro 2024.

Agensi

Berlin: Lamine Yamal boleh dinobatkan sebagai pemain termuda beraksi dalam final kejohanan utama sekali gus berjaya memecah rekod Dipegang oleh Lagenda Brazil Pele.

Yamal, yang baru saja menyambut ulang tahun ke-17 sehari sebelum perlawanan final menjadi sebutan dengan menjaringkan satu gol dan memberikan tiga bantuan sekali gus membantu pasukannya ke final menentang England.

Pada usia 17 tahun dan satu hari, Yamal menjadi pemain lelaki termuda dalam sejarah final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pele mencatat rekod itu.

Pele berusia 17 tahun dan 249 hari apabila dia bermain untuk Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958. Pada perlawanan itu, Pele menjaringkan dua gol untuk membantu Brazil menewaskan Sweden 5-2.

Selepas kempen sensasi bersama Barcelona, Yamal menjadi sebutan di pentas Euro dengan prestasinya dalam kemenangan separuh akhir ke atas Perancis sekali gus menjadi tumpuan utama dalam perjalanan ke final.

"Sebaik saja kami memenangi perlawanan baru-baru ini, saya melihat satu statistik yang mengatakan Yamal berusia 12 tahun semasa COVID melanda. Itu agak menakutkan!.

"Ia menunjukkan betapa hebatnya dia. Dia berusia 16 tahun, saya tidak tahu mengapa pemain Perancis memandang rendah pemain seperti itu," kata Rice kepada media.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 3:45 AM