KEDUA-DUA kelab didakwa melanggar peraturan kewangan. FOTO football.london
KEDUA-DUA kelab didakwa melanggar peraturan kewangan. FOTO football.london
Agensi

London: Chelsea dan Manchester City berdepan ancaman disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) jika kedua-duanya didapati bersalah melanggar Peraturan Kewangan Fair Play.

Nottingham Forest muncul kelab terbaru menerima hukuman selepas suruhanjaya bebas membuat keputusan memotong empat mata di atas kesalahan sama menyebabkan kelab terbabit jatuh ke-18 di zon penyingkiran dengan 21 mata.

Sebelum itu Everton turut dihukum pemotongan mata namun dikurangkan daripada 10 kepada enam mata.

Kini City dan Chelsea diberi amaran mereka berdepan hukuman maksimum iaitu disingkirkan daripada EPL jika didapati bersalah melanggar peraturan kewangan.

Manchester City sedang menunggu keputusan 115 dakwaan ka atas mereka oleh Liga Perdana pada awal tahun lalu manakala Chelsea belum lagi didakwa tetapi hukuman mungkin tak dapat dielakkan selepas membelanjakan lebih £1 bilion (RM6 bilion) sejak diambil Todd Boehly pada Mei 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 10:28 AM