ONANA ambil masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan di Manchester. FOTO AFP
ONANA ambil masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan di Manchester. FOTO AFP
AFP

London: Andre Onana percaya dia mendapat keyakinan selepas mengharungi 'masa sukar' secara mental pada bulan-bulan awal hidupnya di Manchester United.

Pemain antarabangsa Cameroon itu menyertai kelab itu dari Inter Milan pada Julai dalam perjanjian £47.2 juta (RM282 juta) tetapi rentetan kesilapan yang besar menyebabkan dia berada di bawah tekanan.

Onana, 27, berkata sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Britain.

"Saya mengambil masa enam atau tujuh bulan tidak bermain dengan baik, hanya merasakannya ia sudah cukup baik," katanya.

"Ia adalah masa yang sukar bagi saya. Sekarang saya berasa lebih baik kerana semuanya baru. Sukar untuk saya berasa seperti di rumah kerana banyak sebab, sebuah negara baru.

"Tetapi sekarang saya berasa selesa. Saya tidak mahu bercakap mengenai prestasi saya kerana tahu saya adalah penjaga gol dan melakukan lebih daripada apa yang saya lakukan.

"Jadi, bagi saya, perkara yang paling penting ialah gembira dan saya akan bersinar."

Onana bercakap secara terbuka mengenai permulaan hidupnya yang mencabar di Britain menjelang perlawanan United menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 10:08 PM