PEMAIN dan pegawai Cupa Cops meraikan kemenangan mereka.
PEMAIN dan pegawai Cupa Cops meraikan kemenangan mereka.
Izzali Ismail


Jitra: Impian CuPa Cops untuk melakar sejarah menjadi kenyataan apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Kedah 2024 dengan menumpaskan skuad IPD Kulim 1-0 pada aksi final di padang Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) Sungai Petani pada 18 Februari lalu.

Kejuaraan itu amat bermakna selepas pasukan IPD Kubang Pasu terbabit kali terakhir merasai pentas final pada 2013.

Menurut pengurus CuPa Cops ASP Saiful Hasnol Saleh Hudin, pihak pengurusan melakukan pembaharuan dengan membuat penjenamaan semula bagi memastikan sasaran menuju ke pentas final pada tahun ini tercapai.

"Kami turun dengan moto mahu mencipta sejarah, dan bukan hanya kenangan. Berbekalkan tekad tinggi kami akhirnya berjaya mencapai impian untuk merangkul juara selepas berbelas tahun lamanya.

"Kami mahu melangkah dan mencapai status juara pada kali ini. Jadi kami mengorak langkah dengan mengambil pemain lebih muda bawah 30 tahun dan juga beberapa pemain berpengalaman dan masih memilki tahap kecergasan tinggi.

"Tempoh 10 hari persiapan yang kami lakukan sebelum kejohanan bermula pada 17 Februari lalu dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.

Saiful Hasnol juga berkata, beliau turut bangga kerana seorang pemainnya iaitu Kostabel Muhammad Muaz Arshad yang turut menjaringkan gol dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 6:05 PM