MESSI menang anugerah Ballon d'Or buat kali kelapan. FOTO Agensi
MESSI menang anugerah Ballon d'Or buat kali kelapan. FOTO Agensi
Agensi

London: Lionel Messi menghadiahkan trofi Ballon d'Or kelapannya kepada Muzium Barcelona selepas hanya empat bulan dia mengatasi persaingan sengit Erling Haaland dan Kylian Mbappe untuk memenangi anugerah itu.

Penyerang berusia 36 tahun itu yang mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia 2022, dinobatkan pemenang Ballon d'Or kali kelapan di Paris.

Selepas meledak 21 gol dan membuat 20 bantuan jaringan untuk Paris Saint-Jerman ketika kempen 2022/23, pencapaian bersama kelab dan negaranya mendapat pengiktirafan.

Kini penyerang Inter Miami itu mendermakan hadiah terbaru Ballon d'Or kepada Muzium Barcelona, menurut wartawan Miquel Blazquez.

"Walaupun dia tidak memenanginya sebagai pemain Barca, bintang Argentina itu membayangkan sebelum ini untuk melepaskannya. Jadi ia akan dapat dipamerkan bersama tujuh trofi yang lain," kata Blazquez. "Mustahil dapat melupakannya."

Video daripada Muzium Barcelona menunjukkan trofi Ballon d'Or 2023 dipamerkan bersama trofi pencapaian Messi yang lain termasuk dua Kasut Emas.

Seksyen itu didedikasikan kepada Messi yang kali pertama dibuka pada 2016. Malah ia kali pertama Barcelona mewujudkan ruang eksklusif kepada pemain yang masih aktif.

Pengarah Muzium Jordi Penas menjelaskan ruang itu bagi menjawab pertanyaan penyokong Barca yang melawat seksyen Camp Nou Experience.

"Pelawat benar-benar mahukan sesuatu seperti ini," katanya. "Mereka mahu rapat dengan wira Barca."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 6:35 PM