Bintang Paris Saint-Germain dari Argentina, Lionel Messi mengatasi pencabar pilihan. FOTO AFP
Bintang Paris Saint-Germain dari Argentina, Lionel Messi mengatasi pencabar pilihan. FOTO AFP
Lionel Messi (kiri) menerima anugerah Ballon d'Or dari bekas rakan sepasukan di Barcelona, Luis Suarez. FOTO EPA
Lionel Messi (kiri) menerima anugerah Ballon d'Or dari bekas rakan sepasukan di Barcelona, Luis Suarez. FOTO EPA
AFP

Paris: Lionel Messi mengakui memenangi trofi Copa America bersama Argentina mungkin menjadi faktor utama mempengaruhi kemenangan bagi kategori lelaki anugerah Ballon d'Or buat kali ketujuh.

Messi, 34, mengatasi pencabar pilihan antaranya Robert Lewandowski dan Karim Benzema untuk meraih anugerah pada majlis penuh bermakna di Paris, bandar yang kini menjadi kediamannya selepas meninggalkan kelab yang disertai sejak kanak-kanak, Barcelona untuk ke Paris Saint-Germain pada Ogos lalu.

Sekalipun sedih meninggalkan Barcelona dan dia dilihat semakin serasi dengan kehidupan di Perancis justeru juri yang terdiri daripada wartawan seluruh dunia menganugerahkan pencapaian cemerlangnya mengetuai Argentina untuk kejuaraan utama antarabangsa sejak 1993.

"Dua tahun lalu saya sangkakan saya akan menghampiri tahun terakhir tetapi kini saya di sini dan kembali lagi," kata Messi, yang memenangi edisi terakhir Ballon d'Or 2019 sebelum anugerah tahun lalu dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Messi juga memenanginya pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

"Ramai mula bertanya kepada saya bila saya akan bersara tetapi sekarang saya di sini di Paris dan saya sangat gembira," katanya di Chatelet Theatre, Paris serta diiringi isteri, Antonella Roccuzzo dan tiga anak mereka ke majlis itu.

Messi bersama isteri, Antonela Roccuzzo dan anaknya, Thiago, Matteo dan Ciro yang hadir pada majlis Ballon d'Or. FOTO EPA
Messi bersama isteri, Antonela Roccuzzo dan anaknya, Thiago, Matteo dan Ciro yang hadir pada majlis Ballon d'Or. FOTO EPA

"Saya tidak tahu berapa tahun lagi saya akan beraksi tetapi saya harap akan ada banyak lagi masa kerana saya sangat gembira dengan prestasi saya tahun ini.

"Pencapaian saya bersama Argentina adalah impian menjadi kenyataan. Saya fikir saya memenangi trofi ini kerana apa yang kami lakukan di Copa America, jadi saya dedikasi kemenangan ini kepada semua rakan sepasukan."

Argentina menewaskan Brazil 1-0 pada final dekat Rio de Janeiro ketika Messi memenangi kejuaraan utama bersama negaranya buat kali pertama. Dia juga menjaringkan 38 gol dalam 48 perlawanan pada musim terakhir bersama Barcelona serta memenangi Piala Raja Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 8:18 AM