WATKINS (dua kiri) ketika menjaringkan gol kedua Villa. FOTO Reuters
WATKINS (dua kiri) ketika menjaringkan gol kedua Villa. FOTO Reuters
AFP

Birmingham; Aston Villa membuatkan pemburuan ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terbuka luas apabila Ollie Watkins meledak dua gol ketika kemenangan selesa 3-0 mengatasi Newcastle, hari ini.

Jacob Ramsey juga menemui sasaran ketika pasukan tangga keenam, Villa yang hanya enam mata di belakang Newcastle di tangga ketiga selepas mencatat kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan.

Kekalahan pertama Magpies dalam enam perlawanan bermakna Tottenham boleh sama mata sekiranya menewaskan Bournemouth esok, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan minggu depan.

Namun skuad Unai Emery berada pada prestasi terbaik bagi bertarung merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan apabila mengumpul 22 mata daripada keseluruhan 24.

Kekal di EPL menjadi tugasan pertama Emery apabila dia dilantik pada Oktober dengan Villa hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2023 @ 10:53 PM